Friday, March 25, 2011

hati vs akal


aku kini-sedang-tengah lakukan sesuatu untuk kerjaya masa depan. InsyaAllah. kunun ikutkan rasa hati yg malas kurang rajin ni memang malas kurang rajin mahu buat...haihhh


"elehhh...sosial-network-muka-buku yg 1 tu pon jarang dijenguk. tambahan blog ni, setahun baru nak hapdet! lagi ada nafsu nak tambah pula buat 'projek besar-besaran' yg 1 nihhhh..." luah si hati

"ishhhh......ape kamu ni. kata mahu kaya-raya cari pendapatan lebih. jadi wajib lah bernafsu rajin segala hal!"..balas si-akal-fikiran-yg-waras.

hmm..mane satu nak undi sokong ni??HATI atau AKAL?? jiwa keliru (T_T)

.....

bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Hempas tulang berisi perut. Orang yang rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki. jadi aku mestilah bagai lebah menghimpun madu, kena rajin berusaha. tak kira berapa besar cabarannya. tak kira berapa berat bebannya. yang pasti genggam bara api, biar sampai jadi arang. nak jadi senang bukan senang, nak jadi susah memang senang. bak kata pepatah lagi, adat periuk berkerak, adat lesung berdedak sebab setiap usaha memerlukan kerajinan dan ketabahan! ada rotan, ada duri.

ehh terrr-hebat pulak aku berperibahasa bila datang semangat ni! tihihi

waima benarlah kata bidalan dulu2..ikut HATI mati.

.....


ishh tak tunggu dah. sekarang jugak aku undi pangkah sokong AKAL-fikiran-yg-waras!


1 comment: