Monday, August 31, 2009

tepuk dada tanya Iman

bangun pagi tadi (selepas subuh) aku sakit2 badan.
rasa kebas. dari bahu hingga lengan kiri.
macam rasa tidur salah bantal pon ade.
aku mintak mak tolong urutkan.
tapi seperti biasa...bila mintak tolong dengan mak. pasti didahului dengan 'sepatah dua kata' dari mak..

aku: makk...(panggilan yang dibuat dlm versi manja kesakitan)..badan sakit2 la..tolong urut bolehh??

mak:
sakit badan..? kenapa pulak?

aku:
ntahh..bangun tidur ni rasa sakit. lenguh2 pon ade. tapi sahur tadi tak rasa pon..

mak:
hah..kan mak dah cakap..lepas subuh jangan tidur.

aku:
ala..ni kan cuti. bukan selalu. lagipon semalam orang tido lambat kan.

mak:
tidur sikit2 dah la. ni selagi matahari tak tegak selagi tu la terbongkang. pastu bangun sakit sana. sakit sini. angin penuh satu badan.

aku: bukan angin ni..macam salah bantal je.. (degil..menjawab lagi)

mak: salah bantal apenye..selama ko tidur mane pakai bantal kat kepala.
(buhuhu..kantoi..!memang pon..aku tidur tak suke pakai bantal kat kepala..so, alasan nak tagih simpati tak boleh dipakai. reject!)

mak urut2 cari punca sakit.

urut.

urut.

jumpa.


mak: ni sakit tak kat cni.. (mak urut dekat lengan kiri)

aku: sakit..aduiii..duii..

mak: ni angin ni..ade ketul angin ni..errkk...blerrkk..blerkkkk (effect keluar angin bila mengurut)

urut lagi.

mak: ni la die...nafsu tidur kuat sangat..setan bisik suruh tidur.

aku: la mak ni...setan mana pulak ni..setan kan kene ikat. mana boleh bisik2 kat telinga orang..ni bulan ramadhan la mak.

mak: tauuuuuu..(nada tahu yang panjang) tapi ekin..bulan ramadhan ni setan iblis bukan kene ikat. cuma dibelenggu. ada bezanya ikat dan belenggu. dibelenggu ni macam dikuarantin. mak baru dengar syarahan ustaz kelas pagi kelmarin.

aku: ok..ok...mak dah start nak bagi kuliah... (tapi cakap dalam hati jela...)

mak: setan iblis ni walaupon secara kasarnya dibelenggu tapi saki-baki mereka masih wujud lagi. tempat tinggal mereka dalam diri kita. dalam hati kita. masih ada sisa2 mereka. sebab tu dalam bulan puase ni masih lagi ade nafsu itu..nafsu ini.

aku: oh ek....takkan ade setan terlepas kot?? (tak nak kalah..nak jugak menyampuk..skali kene debik ngan mak baru tau)

mak: bukan terlepas..tapi bayangkan selama berbulan2 (dalam setahun), hidup manusia ni dah serasi dengan hasutan dan godaan setan iblis. bila datangnya bulan ramadhan yang hanya sebulan itu. tiba2 semuanya berubah nak jadi baik. mustahil! sebulan tu tak cukup untuk pulihkan. melainkan imannya kuat. banyakkan buat amal ibadat. mengaji, terawih, berzikir. barulah dapat hapuskan saki-baki hasutan setan iblis tu.

mak sambung lagi..

mak: ini tak. setakat puasa je. tapi sembahyang tak jugak macam mane nak hilangkan saki-baki tu. sebab tu dalam bulan ramadhan ni digalakkan buat amalan kerana tiada gangguan besar dari setan iblis.

aku: mak ni cakap macam ekin tak buat semua tu.. (nada merajuk kunun2)

mak: memang la ko buat. ni mak cerita je...bagitau apa yang patut.

aku: (T_T")


oo..sekarang baru aku jelas.

jadi tak hairan la kenapa aku kekadang rasa sangat bernafsu. maksudnya bila pergi ke bazar la (T_T) nafsu membeli dan makan meluap2! tak kurang jugak nafsu tidur. ditambah jugak nafsu malas nak pergi terawih. tapi aku gagahkan jua. sebab tak sanggup dengar nafsu bebelan mak. ngehehe ;P

dan...

malam tadi berita tv3 menyiarkan tangkapan maksiat yang dijalankan pada malam ramadhan sempena sambutan merdeka. dan kebanyakan mereka yang ditangkap adalah remaja awal 20an. lagi kesian mereka itu adalah bangsa Melayu beragama Islam. alahaiii!

nauzubillah...

jadi benarlah yang disyarahkan oleh ustaz kepada mak dan disampaikan semula kepada aku.

pokok pangkalnya iman!

Saturday, August 22, 2009

one drop! sekadar ape yang terlintas

  • pernah suatu ketika aku nekad nak bersara dari berblogging. perasaan itu muncul dengan tiba2. mood untuk menulis telah hilang. BOSAN! lantas...
blogspots>dashboard>setting>basic>blog tools>delete blog

...tindakan ketika itu separa sedar. jiwa kosong. skrin di monitor kelihatan kabur. jelas di mata hanya kelihatan perkataan 'DELETE BLOG'. bisikan2 aneh mula kedengaran. aku syak seperti kene pukau. orang dengki dengan aku lalu beliau (tanpa nama) telah menghantar pukauan bagi membosankan aku dalam berblogging. sebab tu la aku delete blog lama. kalian percaya tak cerita aku ni?? kalau tak percaya bagus! memang dusta semata. ahaha nampak sangat aku tak reti nak mereka2 cerita kan. ade sebab kenapa aku delete blog lama. dah..dah..tak payah nak menyesal. next...!

  • tapi kini aku kembali. kembali selepas mendapat suntikan semangat dari cik maria. yang tak jemu2 memujuk. kalau tak kat YM, kat Facebook. ade je ayat2 kus semangat untuk mengembalikan aku berblogging. sangat pyscho. sehingga AKU KEMBALI! dan beliau orang pertama yang happy (kot). buktinya. beliau lah satu2nya follower aku. dan pengomen setia. tetibe aku rasa macam aku buat belog ni khas untuk beliau pulak. huhu (suddenly, air mata jatuh ke pipi gebu)

  • hari ini. penyelia universiti datang menyelia budak2 praktikal kat ofis. ketiga2nya student UUM. course berlainan. tapi belum cukup setahun jagung bos dah suruh aku jadi penyelia budak2 tu. sila pikul tanggungjawab! jadi sudah pasti la aku jugak yang akan bersembang kosong dengan penyelia universiti itu. temujanji pada jam 10.30 pagi. sebelum beliau datang, dua kali aku pegi toilet. aku pulak yang gelabah. budak2 tiga orang tu rilek je. ish..ape kes?! ...dan setibanya penyelia itu. sesi perkenalkan diri. intro yang baik. dan seterusnya soalan berkaitan dengan students. ececeh..tang ni, memang melambung tinggi sampai cucur atap jugak la aku puji mereka. (tak ada kaitan pasal kunun2 lepas ni mereka belanja makan). yang tak boleh blah aku siap cakap course yang ditawarkan UUM adalah sangat kene dengan realiti dunia kerja. walaupon berteraskan teori tapi budak2 ni sangat la fast-learner. hah, amik ko! ikhlas aku cakap tu. :P sesudah selesai menanya hal perihal budak2 tu. kami berborak kosong. borak. borak. borak. ternyata penyelia ini sangat sempoi orangnya! dalam hati.."alangkah bestnya kalau aku pernah dapat kuliah dengan die." -sambil memandang anak mata beliau tanpa kelip2. lol. ok then, finally. penyelia pon tanya. aku dulu belajar kat mana. aku jawab UUM. hahaha. makanya, ada tak penyelia itu terpikir akan kaitan aku memuji2 student beliau dengan tempat aku belajar dulu??? harap beliau abaikan. ngehehe.

  • ramadhan al-mubarak. jadi sehari sebelum puasa, banyaklah mesej2 yang aku terima. ade yang ucap selamat berpuasa. ade yang minta maaf. ade yang ingatkan untuk baca niat puasa. ade yang hantar gambar masjid (maksudnya suruh pegi terawih). kawan2 yang lama menghilang tiba2 mesej pon ade. itulah keberkatan bulan ramadhan. membuatkan kita saling ingat-mengingati. tapi..tapi..satu mesej pon aku tak reply. bukan aku tak sudi. bukan aku sombong. nawaitu me'reply' memang ade cume aku tak layak mohon SOS topup untuk kali ke-2. apatah lagi mata ganjaran hotlink hanya ada 52 mata sahaja. huhu. tunggu ujung bulan je ek. aku dah kira2. sempat lagi nak membalas mesej kalian. puasa kan sebulan. :)
  • nak tido dah
  • ok..to all muslim..selamat berpuasa!

Thursday, August 20, 2009

two thumbs up kat aku. padan muka!

baru semalam.

aku: wahh bangga2..bulan ni punch card aku tak merah pon..
(sambil mengibas2 punch card depan Cik Zila HR)

hari ini. pagi tadi.


lagu "we made you-eminem" berdering.

along: hello ekin, ang kat mane?
aku: tengah drive la. nak pergi keje. kenape?
along: jalan jem tak?
aku: a'ah jem giler H1N1 (kate ganti untuk ba-alif-ba-ya). ni pon baru dekat simpang depan BSN. dah 20 minit. tak gerak2.
along: aku ni setengah jam kat depan kuartes je. dah lambat sangat. naik kebas bontot. apehal huh?
aku: manela aku tau. eksiden la kot.

5 minit kemudian.
we made you berdering lagi.

along: ekin. dah sampai mane?
aku: lorr..baru je berganjak 2 meter. ang dah sampai ke?
along: belum lagi la kentut. (kakak aku ni memang suke cakap 'kentut' bila die tengah bengang). kawan aku call tadi kate depan kilang SME ade eksiden.
aku: dah agak dah. teruk ke? ade yang mati? (soalan direct tak boleh blah)
along: ntah. ang kan lalu situ. nanti usha la.
aku: ha..yela2.

10 minit kemudian.
kali ketiga. we made you berdering.

along: ang dah lepas belum?
aku: baru je lepas tempat eksiden ni.
along: eksiden ape??
aku: nampak kancil kemek depan. saga pulak jatuh bumper. tak teruk mane pon.
along: hek eleh..itu je ke? jem punyalah teruk gaban. macam kel*ng.
aku: bukan macam kel*ng. tapi memang kel*ng pon yang eksiden tue.
along: hahaha patut la.

8.24 am.

punch card merah!

dari jauh Cik Zila dah senyum. tahu..itu senyum perli.

Cik Zila HR: lambat hari ni kak???
aku: bukan aku yang lambat la. jalan yang jem.
Cik Zila HR: hahaha.. (ala2 gelak perli jugak)
aku: gelak la puas2..

..dalam hati..kan dah padan muka aku!

oh! cita2 untuk tidak me-MERAH-kan punch card pada bulan ini gagal lagi! (T_T)"



moral of the story. jangan berlagak selagi belum cukup sebulan ko punch card okeyy.

Friday, August 14, 2009

SORRY!

-this page is currently under maintenance.
-will be update soon.
-with luv.
-tq.

Saturday, August 08, 2009

wtf & wth

adalah sangat tidak ber-moral-an apabila menggunakan perkataan wtf & wth sebagai tajuk entri.

wtf.

wth.

tapi disebalik ke-tidak-moral-an itu, ia sebenarnya mempunyai maksud yang berbeza.

tersurat dan tersirat.

tahu ke tak??


maksud tersurat

wtf = what the f*ck
wth = what the h*ll
-penyebutan adalah sangat tidak beradab dan tidak beretika. ia sering kali digunakan. T_T

maksud tersirat

wtf = what the funny
wth = what the hillarious
-penyebutan adalah lebih sopan dan sepoi2 bahasa. ^_^

sebagai contoh. bandingkan 2 penyataan ini:

tersurat - hey, what the h*ll are you doing?
tersirat - hey, what the hillarious are you doing?

lihat. bukankah penyebutan tersirat lebih sopan-bermoral-beretika berbanding tersurat.

jadi, if next time aku menggunakan perkataan wtf @ wth. aku bukan merujuk kepada maksud yang tersurat. tapi maksud tersirat.

melainkan dalam keadaan yang memaksa. maka terpaksalah juga aku menggunakan maksud tersurat. huh!

Wednesday, August 05, 2009

percubaan

sekadar membilang 1..2..3..