Friday, March 25, 2011

hati vs akal


aku kini-sedang-tengah lakukan sesuatu untuk kerjaya masa depan. InsyaAllah. kunun ikutkan rasa hati yg malas kurang rajin ni memang malas kurang rajin mahu buat...haihhh


"elehhh...sosial-network-muka-buku yg 1 tu pon jarang dijenguk. tambahan blog ni, setahun baru nak hapdet! lagi ada nafsu nak tambah pula buat 'projek besar-besaran' yg 1 nihhhh..." luah si hati

"ishhhh......ape kamu ni. kata mahu kaya-raya cari pendapatan lebih. jadi wajib lah bernafsu rajin segala hal!"..balas si-akal-fikiran-yg-waras.

hmm..mane satu nak undi sokong ni??HATI atau AKAL?? jiwa keliru (T_T)

.....

bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Hempas tulang berisi perut. Orang yang rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki. jadi aku mestilah bagai lebah menghimpun madu, kena rajin berusaha. tak kira berapa besar cabarannya. tak kira berapa berat bebannya. yang pasti genggam bara api, biar sampai jadi arang. nak jadi senang bukan senang, nak jadi susah memang senang. bak kata pepatah lagi, adat periuk berkerak, adat lesung berdedak sebab setiap usaha memerlukan kerajinan dan ketabahan! ada rotan, ada duri.

ehh terrr-hebat pulak aku berperibahasa bila datang semangat ni! tihihi

waima benarlah kata bidalan dulu2..ikut HATI mati.

.....


ishh tak tunggu dah. sekarang jugak aku undi pangkah sokong AKAL-fikiran-yg-waras!


Wednesday, March 23, 2011

drama pendek berjudul NAMPAK (based on true story..huhu)

Pelakon utama : Aku
Pelakon kurang utama : Mak, Puan Receptionist, Cik W & Nicky
Pelakon tak diutamakan : produk perlangsingan

Babak NAMPAK 1 : NAMPAK ketat
Lokasi : Rumahku syurgaku

Sebelum pergi keje.
Anak: mak nak salam...
seterusnya adegan cium pipi dan dahi pulak
Anak: ok jangan lupe kunci pintu tau.
pesan si anak kepada emaknya. tapi pesanan prihatin itu disambut dengan kata2...
Mak: ehh..apesal baju kamu NAMPAK ketat!

Babak NAMPAK 2 : NAMPAK bulat
Lokasi : Lobby ofis

Pn Receptionist: selamat pagi Cik Ekin..
Cik Ekin: ye..selamat pagiiii....
Pn Receptionist: NAMPAK lain hari ni..
Cik Ekin: NAMPAK lain..?? errr lain tang mana tu? (sengih sambil mata kelip2 kunon mintak dipuji)
Pn Receptionist: tang muka tuee..NAMPAK bulat!

Babak NAMPAK 3 : NAMPAK berisi
Lokasi : Pantry ofis

Cik W: heyy yuuuu...
Cik E: eh..haii yuuuuu..sihat?
Cik W: emm..macam ni laaa..yu tu NAMPAK makin berseri je skang!
Cik E: pandaila yu tilik2 orang tauuuu...berseri apenyee..berisi adelaa kott hehehe..(gelak yg dibuat-buat)
Cik W: yelar! yu NAMPAK berisi skrang pon sebab tengah bahagia katakan! hehehe..(gelak yg memang tak dibuat-buat..ade beza!)

Babak NAMPAK 4 : NAMPAK kurung pesak macam kurung moden
Lokasi : Department account

Me: Nicky, u tengok i ni makin gemuk gebu ke?
Nicky: takde la...macam biasa je..kenape? (ayat macam cover line)
Me: harini ramai yang tegur i NAMPAK gemuk gebu..
Nicky: oo..maybe sebab today u pakai baju kurung moden kot. baju tu kan ikut bentuk badan. so NAMPAK la bentuk badan u.
Me: tapiii...masalahnya baju i ni bukan baju kurung moden. ni baju kurung pesak biasa!
Nicky: yeke..NAMPAK macam kurung moden jerrr.......(agak panjang bunyi jerrr disitu)

Babak terakhir NAMPAK
Lokasi : Depan komputer

Tetibe terasa makhluk dunia telah berlaku kejam pada diriku. nekad! lantas jemari dialihkan ke papan kekunci. menaip perkataan 'JUS DIET PERLANGSINGAN' di ruangan google. produk pilihan ramai "Jus Diet Mate5". kusyuk membaca testimonial2 pengguna tentang produk tersebut. terlupa seketika akan aku tentang fesyen rambut pengasasnya yang NAMPAK ngeri kool itu!


Tam-mat.

Tuesday, March 22, 2011

panggilan pulau

setelah berbulan

mencecah ke tahun

menyepi

jauhhhhhh terdampar..
-
-
-
kini terPANGGIL

kembali untuk meng-hupdet dan meng-havoc-kan dunia blogging.
sesuai dengan tajuk filem P.Ramlee 'PANGGILAN PULAU'.

cume bezanya
-
-
-
-
penyepian aku selama ini bukan sebab aku

terdampar di Pulau Kazambo macam watak dalam filem tu.